Wednesday, December 16, 2015

SET KECANTIKAN SHAKLEE




Inilah dia Set Kecantikan Shaklee yang menjadi kegilaan ramai.

Kombinasi ketiga-tiga produk shaklee ni tersangat2 ohsemmmm!!

~ Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus

~ Mencegah penuaan

~ Menjadikan kulit lebih kenyal

~ Mencerahkan kulit

~ Menjaga kulit dari sinaran UV

~ Mengurangkan parut jerawat

~ Menjadikan wajah bersinar dan bermaya

~ Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan

~ Menjadikan wajah lebih berseri

#set #kecantikan #shaklee #esp #vitamin c #vitamin e

Berminat jom hubungi saya




whatsapp :

HASMA 0187789711
HASMA 0187789711
HASMA 0187789711

Monday, December 30, 2013

KENAPA ESP SHAKLEE MENJADI PILIHAN RAMAI?





Kenapa esp shaklee menjadi pilihan ramai??

1) ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
2) ESP menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikkan payudara anda
3) ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih
4) Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milkbooster yang hebat
5) ESP juga membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
6) Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
7) Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan
Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
9) Berkesan mengurangkan eczema dan masalah kulit


#berminat boleh hubungi saya HASMA

whatsapp :

HASMA 0187789711
HASMA 0187789711
HASMA 0187789711

   
##JOM IKHTIAR UNTUL SIHAT DAN CANTIK BERSAMA SHAKLEE..APA2 PUN KENA INGAT KITA HANYA MERANCANG DAN BERIKHTIAR,TAPI KUASA PENYEMBUHAN HANYA TERLETAK DITANGAN-NYA YANG MAHA ESA :)

ATASI KULIT BERPARUT DENGAN VITA-E COMPLEX SHAKLEE


Risau muka berparut?nak hilangkan parut?macam mana??boleh ke nak hilangkan parut?anda tak perlu risau..anda boleh cuba vitamin e shaklee

#KENAPA SAYA SARANKAN ANDA SUPAYA MENGAMBIL VITAMIN E,ini kerana vitamin e boleh memudarkan parut..haa!!!jom cuba. rugi cuba..belum cuba belum tahu 



#Jom kita tengok apa dia khasiat Vitamin E selain membantu memudarkan parut2 :

· Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan (vitamin awet muda).

· Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.

· Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan.

· Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka.

· Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar.

· pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

· Vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

#NAK LAGI BEST ANDA BOLEH CUBA SET KECANTIKAN KULIT....INSYAALLAH,BEST PRICE 4 MY CUSTOMER

#berminat nak tahu dengan lebih detail boleh hubungi saya atau tinggalkan komen anda di sini




whatsapp :

HASMA 0187789711
HASMA 0187789711
HASMA 0187789711

Tuesday, December 24, 2013

SET KURUS SHAKLEE

Tentu saja anda rasa malu bila digelar gemuk??semua orang impikan bentuk badan yang cantik dan menawan.jangan sedih bila digelar gemuk dan tak cantik.anda diluar sana yang mengalami masalah berat badan @ gemuk boleh ikhtiar dan cuba mengambil SET KURUS SHAKLEE.

Bagaimana set kurus shaklee boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan??Shaklee mengamalkan 3 kaedah untuk kurus iaitu BAKAR,BUANG DAN BINA

1. BAKAR (LECITHIN/ OMEGA GUARD)
Fungsi: bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol





2. BUANG (ALFALFA/HERB LAX)
Fungsi:membuang lemak, toksin dalam badan

3. BINA (CINCH/SOY PROTEIN)
Fungsi: bina otot, elak kulit menggelebeh

Saya akan terangkan mengenai 3 kaedah ini

~ Proses pemecahan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard.  Lecithin dinamakan pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak

~ Proses mendetox dan membuang adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

Bagi yang tidak sembelit, boleh mengambil Alfalfa, dan yang mengalami masalah sembelit, boleh ambil Herb-Lax.. Herb-Lax tidak sesuai untuk ibu yang menyusu kerana ia akan menyebabkan bayi cirit-birit.

~ Proses membina otot dengan protein. Ini adalah kerana protein sangat membantu dalam meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot dari bebas lemak.

Untuk protein yang terbaik,saya cadangkan anda mengambil Cinch Shake Mix tetapi bagi ibu yang menyusu saya syorkan mengambil ESP kerana esp membantu dalam membanyakkan susu badan.

***MINUM AIR SEBANYAK 3 LITER sehari supaya proses pengurusan berjalan dengan lebih berkesan.

Ramai yang dah mencuba dan berpuas hati dengan Set Kurus Shaklee..Anda bila lagi?? berminat boleh hubungi saya :

facebook : https://www.facebook.com/hasma.mustafakhama

whatsapp :

HASMA 0187789711
HASMA 0187789711
HASMA 0187789711

Monday, June 18, 2012

..lambaian kaabah..

..terima kasih ya Allah kerna menjemputku dan suamiku untuk menunaikan ibadah di rumahMu..






..cinta suci & cinta abadi..

..Tanggal 26 Januari 2012 jam 430 ptg, aku sah bergelar sang isteri kepada Adib Mohamad. Seorang lelaki yang berasal daripada Selangor. Soal jodoh dan pertemuan semuanya terletak ditangan Tuhan. Terima kasih ya Allah kerna mengurniakanku yang tidak mempunyai apa2 ini untuk dicintai oleh seorang suami yang beragama,penyayang,penyabar..Segala suka duka dapat dikongsi  bersama. Cinta suci inilah cinta yang dicari serta cinta yang diredhai dan diberkati olehMu yaAllah..Semoga mahligai yang dibina ini terus mendapat keredhaanNya dan berkekal hingga ke akhir hayat..Biiznillah..




..Cinta itu indah..cinta itu fitrah..dan lagi indahnya cinta itu jika bersulamkan keredhaan Allah dan hubungan yang halal..

Saturday, December 10, 2011

..buon compleanno 2 owner blog..





hari ini sudah genap umurku 22 tahun..ya Allah, panjangkanlah usiaku..agar lebih lama dapatku mentaatimu..jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang, moga di akhirat kelak ku dapat mengutip hasilnya.

ya Allah..tambahkanlah amalanku disaat bertambah usiaku..jadikanlah cahayaMu yang bersinar mnyinari jalanku..aminnn...

Wednesday, November 16, 2011

..kata2 hikmah khalifah Islam..

SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :

1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.

2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.

3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.

SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :

1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?

3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.

4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

UMAR BIN AZIZ :

1. Orang yang bertakwa itu dikekang.

2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.

3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.

SUFFIAN AS THAURI :

1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara syubhat.

2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.

3. Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat.

Sunday, November 13, 2011

..10 ciri anak soleh..

10 CIRI-CIRI ANAK YANG SOLEH

1. Mempunyai iman @ aqidah yang sempurna.

2. Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)cth : sentiasa menunaikan solat,puasa, membelanja wang ke jalan Allah,berpakaian secara Islam,bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.

3. Menghormati Ibubapa,guru, orang tua,jiran & kawan.

4. Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.

5. Mempunyai kesedaran dan tanggugjawab beragama.

6. Sentiasa berdoa kepada ibubapa samada yang masih hidup @ telah meninggal dunia.

7. Memiliki akhlak @ moral yang baik.

8. Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.

9. Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.

10. Ikhlas iaitu melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.

Thursday, November 10, 2011

..mengapa SOLAT?..

Kerana solat itu penghubung antara hamba dan Tuannya.

Di dalam solat itulah terdapat saat Allah paling dekat dengan hambaNYA, itulah sujud.

Dengan solat, seseorang boleh mengadu kepada Tuhannya seperti seorang anak mengadu kepada ibunya.Kasih sayang Tuhan, melebihi kasih sayang seorang ibu.

Dengan solat juga, ianya peluang dan saat mengingati Tuhan paling maksimum.Setiap tindakan , ruku’ , i’tidal, sujud , berdiri , tahiyyat, semuanya memuji-muji Allah, penguasa sekelian Alam.

Maka benarlah, solat itu pengubat hati yang bergelora, hati yang gersang dengan kasih sayang, hati yang memerlukan bimbingan, maka solatlah, ianya punca kedamaian dan ketenangan.

..9 Siti yang patut dicontohi..


Antara 9 Siti yang patut dicontohi:

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

*Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.

Wednesday, September 14, 2011

..menyintai tak semestinya memiliki..

Percintaan sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan. Ada yg mengatakan percintaan itu sesuatu yang indah tapi hakikatnya dalam percintaan itu ada kesedihan dan ada kegembiraan..

Bagaimana pula dengan maksud menyintai bukan bermakna memiliki? Bukan semua perkara yg kita inginkan dapat kita kecapi dan begitu juga dengan percintaan. Pasangan yang bercinta bukan semuanya akan berakhir ke jinjang pelamin. Inilah hakikat yang kita perlu hadapi.

Ada satu cerita,
Seorang murid bertanya kpd gurunya

" Cikgu, bagaimana kita nak tahu pasangan yg kita pilih itu adalah yang terbaik? "
" Sekarang kamu pergi cari rumput yg paling sempurna tapi kamu tidak boleh berundur ke belakang "

Selepas itu murid terbabit berjumpa dengan guru tanpa membawa sebarang rumput.

" Saya tidak jumpa rumput yg terbaik, apabila sy pilih nampak satu rumput di hadapan, saya rasa dihadapan sana ada lebih banyak yang terbaik tetapi bila saya ke depan saya rasa yg sebelumnya lebih baik tetapi saya tidak boleh berpatah balik ke belakang ".

Terimalah seadanya pasangan anda jika dia benar2 menyintai dirimu. Jangan kita mengharapkan yang lebih baik tetapi akhirnya kita kecewa dan menyesal dengan tindakan kita.


Saturday, September 3, 2011

..kelebihan puasa 6 Syawal..

Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)

Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.

Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.

Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.

Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.

Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.

Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya. Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.

p/s : jom kita puasa ramai2 untuk merebut ganjaran yg dijanjikan Allah SWT..ikhlaskn niat dalam beribadah kepadaNya..


..damascus-syria 2011..

Ini adalah episod makan angin dan jalan2 cari letih..Akhirnya dapat juga aku dan kawan2 menjejakkan kaki ke bumi Syam ..5 hari ramadhan kareem di Damascus-Syria bersama 4 lagi kawan2ku..penat tak terkata.maklumlah..berjalan time puasa. nak makan minum pun tak boleh.da la banyak dugaan sebelum sampai tuh..tersekat kt border lama gak..macam2 dugaan..tak sempat nak hurai panjang2..tengok gambar je la yee..gambar pun sempat upload skit jer..

ni lah 4 sekawan yg kuat bjln..sampai ke Syria pun kami redah..


sekitar Syuk Halawiat..berdekatan ngn tempat penginapan kami..

jami' Abu Nour

mnunggu bas..jalan2 cari letih..

pmandangan Kota Damascus dari puncak Makam Arbaein..

penat lelah aku berjalan untuk mnaiki puncak Makam Arbaein..penat tol..tinggi sgt..da la puasa..

Syuk Hamidiyah..ramai betol orang..entah kua dari maner..Syuk ini merupakan antara Bazar jualan yg tbesar di Syria.

makam Salahudin Al- Ayoubi..

Ni je la gambar2 yang sempat di upload..nanti ada masa upload ag ek..bubyee sume..selamat hari rayer..


Sunday, July 31, 2011

..pertama kali masak nasi ayam..


(ni nasi ayam pakcik google punyer)

Hari ini tetiba jadi rajin nak buat nasi ayam. Maklumlah baru je habis final untuk soifi (musim panas) ni. Aku ni suka gak makan nasi ayam tapi takde la sampai berair mulut kalau tak dapat makan.ngee!!!

Seperti biasa aku bangun pagi..tp takla pagi sangat. Biasala nak qada tidur puas2. Cuti katakan, exam pun dah abis. Semalam lagi aku terasa nak masak nasik ayam. Nak blaja masak ler. Nanti kawen senang nak masak untuk encik suami. (entah bila nak kawen yee)

Kalau korang semua nak tau, ni la 1st time aku masak nasi ayam. Kat malaysia, biasa kalau nak makan pegi je beli kat kedai. Bawak duit RM2.50 da dapat sebungkus nasi ayam. Kalau kat Jordan ni..huh!!!nak makan kena ketuk periuk belanga sendiri la jawabnya.

Pape pun nasi ayam aku sudah siap dimasak. Perut pun dah bersorak dapat makan nasi ayam hasil tangan aku sendiri..

..mood : seronok sbb da pandai masak nasi ayam..

Saturday, July 30, 2011

..nak makan ni..



saya nak makan buah ni..sape2 yang baik tolong la bawa buah ni untuk saya..ngee!!buat pengetahuan sahabat2 semua..buah ni banyak btol kt mesia.(cam la orang tak tau kn!)..nak datang jordan nanti bawala buah ni untuk saya..toing..toing..

mood : buat muka tak malu..

Thursday, June 30, 2011

..menjadi tunang orang tanpa kita sedar..


Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.


Friday, June 10, 2011

..cintah itu indah..



"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat"

"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"

"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"

"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"

"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"

"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"

"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"

"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"

"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"

"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"

"Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya"

"Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa"

Wednesday, June 8, 2011

..dia kehilangan orang yang sangat mencintainya..


Jangan sesekali hadir dlm hidup seseorang kalau ia hanya akan mhancurkan perasaannya. Jangan pernah menatap matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka. Perkara yang paling kejam adalah membiarkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya.

Suatu hari, seseorang yang sedang putus cinta menangis di taman. Datang seorang ahli falsafah bertanya kepadanya, "kenapa kamu menangis?"

Orang itu menjawab, "aku sangat sedih kerana dia meninggalkan aku".

Lalu ahli falsafah iti tertawa sambil berkata, "kamu bodoh sekali!"

Lalu orang itu menjawab, "kenapa berkata begitu? aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan, tak apalah kalau kamu tak mahu memujukkan, tapi jgnlah mentertawakanku."

"Bodoh, kamu tak perlu sedih kerana yg seharusnya sedih adalah dia." kata ahli falsafah.

"Kenapa dia yang bersedih, bukankah dia yang meninggalkanku?"

"Kamu kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu, tetapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya," jawab ahli falsafah itu.

Sunday, May 22, 2011

..resepi kejayaan..

Bahan- bahannya :

  1. 250 gm Daya usaha·
  2. 100 gm Kesabaran· 100 gm Keimanan·
  3. 190 gm Keinsafan·
  4. 150 gm Pengorbanan·
  5. 150 gm Campuran akhlak mulia ·
  6. 8 sudu rasa tanggungjawab·
  7. 200 gm senyum secukup rasa
Cara-cara membuatnya:

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.


p/s : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar untuk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

..resuk dah keluar..

Hari ni hari ahad.semua orang sedia maklum kan!bangun jer tidow pagi ni semua orang duk kalut bab rezuk.rezuk dah kua!! rezuk dah kua!! ish.. bising tol. aku yang tengah syok duk dalam hiram (selimut) tak jadi nak teruskan lenaku..bingkas aku bangun dari tidow..yang tak menahannya terus on lap.dengan serabainya.hahaha..lawak btol kan.


Dengan perasaan gelabah dan kalutnye aku terus menggerakkan mouse ke arah student portal. huh!! punye la kalut.macam orang tak terurus..takut betol.alhamdulillah!!..boleh tahan la ngan usaha yang tak seberapa. tapi ada dua paper ag yang masih ditunggu2. kita tunggu dan lihat nanti yer.

Rasenye cukup setakat ni dulu ye cite bab rezuk yang tak seberapa ni. owner blog pun banyak keja ag nak kena wat. nak masak.. jom!!!

Wednesday, May 18, 2011

..nikahlah kerana Allah dan Rasul..

"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui" (QS Annur :32)

Merupakan suatu perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita.Bahkan seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah swt sendiri akan memampukan kita.

Andai kita belum yakin dengan ayat Allah SWT perkataan apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan kita yakin terhadap sesuatu? Bah kan Rasullulah juga bersabda yang bermaksud:

“Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga) “
(Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya” (Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.

Abu Bakar As Siddiq pernah berkata “ Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan,maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan".

Allah telah berfirman “Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya” (QS Annur:32)

Apa lagi alasan mereka yang telah diberi kesihatan tubuh badan ,keinginan yang kuat untuk bersama pasangan dan mempercayai Allah sebagai tuhan(ialah) untuk mengatakan diri ini belum memilih nikah sebagai jalan? Andai membujang itu suatu pilihan yang diberikan kepada mereka yang beriman.Maka ia adalah sesuatu yang dikategorikan sebagai kehinaan.

Rasullah bersabda lagi,Hadith Saad bin Abi Waqas berkata :
”Rasullulah saw melarang Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya baginda merestuinya,pasti kami akan membujang" (Sahih Muslim)

Sabda baginda lagi: dari Anas ra, Rasullulah Al Ma’shum bersabda,
“Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadith riwayat Baihaqi)

Ibnu Ma’ud pernah mengatakan, "Seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari usiaku ,niscaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah dalam keadaan masih bujang"

Sahabat-sahabat sekalian,seandainya mahu merenung akan hadith-hadith ini,maka apa lagi yang dinanti,berusahalah sedaya upaya kita untuk menikah.Kerana hadith yang menyuruh bernikah berbunyi:

Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:
"Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,wahai abu abdul rahman;mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah"

Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;

"Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami "

"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu"
(Hadith riwayat Muslim)

Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya,serahkanlah semuanya pada Allah.Dialah yang memberi rezeki.Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak mampu,seandainya dia terus membiarkan dirinya saja,tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab TIDAK MAMPU.Akan tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sekuat hati ,namun hasilnya tetap di tahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya.

Seorang saudara mengadukan dirinya yang masih kurang iman kepada sahabatnya,
"Saya rasa masih tidak kuat lagi untuk menikah” .

Jawab sahabatnya,
"Justeru kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan nikah, kan nikah itu menyempurnakan separuh dari agama ?"

Lantas di sebabkan iman kita yang kurang inilah kita harus segera bernikah.Bagaimana kalian sahabat-sahabat ku?Luruskan niatmu , jangan bernikah kerana keSERONOKan di dalamnya,jangan pula kerana orang mengatakannya BAIK atau apa sebab lain pun selain dari
Aku nikah kerana ALLAH dan RASUL SURUH !

Dan carilah pernikahan yang barakah.Zainab bin Jashyi dan Zaid bin Harithah yang cukup kuat iman mereka pun bercerai akhirnya.Zaid anak angkat Nabi,kekasih nabi,panglima perang ,manakala Zainab,ummul mukminin, satu figura yang tidak mungkin ada kelemahan dari imannya, mungkihkah lagi keimanan mereka diragukan.Lantas sahabat semua serahkan segalanya pada Allah SWT.

Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup,banyaknya harta,indahnya pasangan dan sebagainya.

..kenapa awak sayang saya?..

Di sini owner blog ada satu cerita..tak tau la cite ni best ke tak.tak taula cite ni betol atau rekaan semata-mata.kih2..kisahnya bermula begini..cerita untuk menghiburkan hati je..

Ada sang teruna dan sang dara..yang kononnya sedang hangat dibuai kasih asmara..sang teruna selalu bertanya kepada sang dara..kenapa awak sayang saya?

(ST sang teruna..SD sang dara)

ST : kenapa awak sayang saya?
SD : tak tau..mmmmmmm!!
ST : abis tu kenapa awak sayang saya?

(sang dara diam membisu..tak tau nak jawab ape..sebenarnya ada je jawapan tuh.tp nak diluah malu)

SD : tanya saya lak!!!abis tu awak kenapa sayang saya juga?
ST : saya sayang awak sbb saya selesa bila berada ngan awak..dan sbb awak syg saya.kn2?awk tu takde alasan pun kenapa syg saya.

(sang dara terus diam membisu..pertanyaan sang teruna tak dijawab)

Kalau sang teruna nak tau kenapa..mmm..memang 1st kita jupe tak timbul pun perasaan sayang atau cinta..just minat biasa2 je..dah tu apa lg..cuba sedaya upaya untuk mendekati diri sang teruna.taktau la kenapa nak sangat kenal ngan sang teruna.dah jodoh kita kot..haha.berangan la pulak..lama-lama boleh juga mendekati sang teruna..hebat tak?perasan hebat la konon.camne tak hebat boleh dekat ngan orang yang kita minat katakan.kih2.kenal punya la kenal..lama-lama timbullah perasaan kasih sayang dan cinta tuh..sang dara pun sama je ngan sang teruna..rasa selesa je bila bersama sang teruna..sang teruna banyak mengubah sang dara..ye la..suruh jaga tu la..jaga ni la..itulah salah satu sikap yang sang dara suka.sang dara nak sangat sang teruna ubah sang dara sbb sang dara ni lalai sikit..kih2..jiwa muda katakan..

kesimpulan dari kisah ini..huhu..siap ada kesimpulan lg..memang takleh blahh la.sudah fitrah manusia untuk sayang dan disayangi. Aku juga tidak terlepas dari perasaan ini.toing..toing..tata!!