Monday, December 27, 2010

kejayaanku kegembiraan kamu semua..aku gembira kerna dpt mngembirakan kamu semua


Ahmad Yakob menyampaikan Anugerah Menteri Besar Kelantan kepada Dirt Amri pada majlis Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Kota Bharu baru-baru ini

KOTA BHARU 10 Ogos - Kesempitan hidup dan nasib umat Islam yang terpinggir di Kemboja membuatkan dua sahabat baik menanam tekad untuk berubah dan menjadikan pendidikan sebagai 'senjata' utama membawa perubahan itu.

Hasilnya, kedua-dua mereka menerima pengiktirafan sebagai pelajar cemerlang pada Istiadat Konvokesyen Khas Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) Kali ke-12 di Balai Islam Lundang di sini baru-baru ini.

Dirt Amri, 22, dari Phnom Penh, Kemboja, menerima Anugerah Menteri Besar kerana cemerlang dalam akademik dan kokurikulum manakala rakan karibnya, Basri Ali (gambar kecil), 23, menerima Anugerah Kias.

Dirt yang mengikuti pengajian Sarjana Muda Usuluddin berkata, beliau perlu membalas kembali sumbangan Gabungan Profesional Kelantan (GPK) yang membiayai pengajiannya dengan kejayaan cemerlang.

"Saya dan keluarga hidup serba kekurangan di Kemboja. Jadi saya perlu menggunakan peluang yang ada untuk mendapat sebanyak mungkin ilmu bagi mengubah nasib kami orang Islam di Kemboja khususnya keluarga saya.

"Sebelum menuntut di sini, saya belajar di Maahad Tarbiyah Al-Islamiah (Matri) di Perlis dan kini melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Insaniah di Kedah," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Beliau yang mencatatkan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 3.84 pada peperiksaan akhir bercita-cita menjadi seorang pendidik kerana mahu memastikan hasrat umat Islam di negaranya berubah dan mampu bersaing tercapai.

Katanya, di samping mendidik, beliau juga boleh berdakwah kepada umat Islam di sana supaya sentiasa menunaikan perintah Allah dan menjauhkan diri daripada kemungkaran.

Pada majlis tersebut seramai 259 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing daripada Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Kias, Datuk Mohamed Daud dan Ketua Eksekutif Kias, Datuk Dr. Johari Mat.

Sementara itu, Basri berkata, beliau dipilih oleh Mufti Kerajaan Kemboja untuk belajar di sini kerana kemudahan pendidikan agama di negara tersebut amat terhad.

"Saya tidak ada sesiapa di sini. Ayah sudah lama meninggal dunia hanya tinggal emak dan enam lagi adik-beradik di kampung. Harapan keluarga tentunya pada saya kerana hanya saya yang melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi seperti ini.

"Sama seperti Dirt, saya turut mendapat biasiswa daripada GPK. Jadi kami seharusnya membuktikan kami mampu untuk mencipta kejayaan dengan cemerlang biar pun jauh daripada keluarga," katanya.

Menurut Basri, pelajar-pelajar Kemboja di sini bukan sahaja menggalas tanggungjawab sebagai pelajar tetapi juga menjadi duta kecil untuk menghubungkan umat Islam di sana dengan negara ini.

"Saya merasa amat bertuah kerana dapat belajar di negara yang aman dan makmur di mana Islam berkembang dengan pesat tanpa sebarang halangan malah diberikan galakkan oleh kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, Hasma Mustafa Khama, 21, menerima Anugerah Timbalan Menteri Besar kerana kejayaan cemerlang ketika belajar dalam bidang Diploma Usuluddin.

Gadis yang berasal dari Gua Musang itu akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Bayt, Jordan di peringkat sarjana muda September ini.

"Kalau dibandingkan dengan Siji Pelajaran Malaysia (SPM), keputusan di peringkat diploma amat mengejutkan, sebenarnya kolej adalah peluang kedua untuk membetulkan diri. Jadi, gunakanlah peluang yang ada sebaik mungkin," katanya.

Sunday, December 5, 2010

cinta vs suka


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

cuba renung 2 n fikirkanlah...



sweet memory in dead sea n jerash

jaulah mcari 'ibrah dsebalik sejarah

menjejaki peninggalan sejarah

sempat lg aq posing manjerr...uhukksss

tomey2 lako ank gadis zaman loni..

Anda ingin lebih cantik dan menarik?




Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih. 

 Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis. 

Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan. 

Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah. 

Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian". 

Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat. 
saya mulakan dgn kalam yang suci
bismillah..
tergerak dihati ingin mengikuti 
gerak tangan y agak rajin utk mlm ini,
n tergerak hati utk mencari lebihan ruang agar benda y bermain dihati dpt dijadikn satu cerita...
atau satu kenangan....

blog terbaru y saya dpt siapkn mlm ini,dgn bantuan tangantangan...
terima kasih buat mereka...

saya berharap apa y saya coretkan ini...
tidak akan n tidak mungkin mengguris hati 
tatapan y membiarkan mata mereka menjadi mangsa 
semata mata utk melihat
ketika saya tersenyum ini...