Friday, January 21, 2011

ape itu cinta n sayang??

Perasaan cinta, kasih dan sayang ada dalam hati setiap orang, tetapi cara mempamerkan cinta tidak sama antaraseorang dengan seorang yang lain. Dan berbeza juga antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain.

Namun sesuatu yang pasti-perasaan cinta dan sayang selalunya terpamer melalui sikap dan kata-kata. Sebuah syair arab mengungkapkan," Tanda-tanda cinta tidak dapat disembunyikan oleh seseorang laksana pembawa kasturi tidak dapat menyembunyikan keharumannya"

Rasa sayang seorang suami terhadap isteri akan terpamer pada sikap dan kata-kata yang natural bersahaja. Begitu juga sebaliknya.Ini bermakna, pasangan suami isteri tidak perlu berlakon di depan ramai untuk memperlihatkan perasaan saling menyayangi.

Mereka tidak perlu berjalan berpimpin tangan, berpelukan, atau berkucupan di khalayak ramai untuk memberitahu orang bahawa mereka adalah pasangan bahagia dan saling mencintai. Cara itu bukan sahaja tidak sesuai dengan akhlak Islam, malah menyalahi etika budaya timur.

Biarpun begitu, perasaan cinta suami isteri perlu disuburkan. Demikian juga perasaan sayang ibu bapa dan anak-anak. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : Sesiapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi" Perasaan sayang letaknya di hati, tetapi ia boleh disuburkan melalui tindakan lahit dan kata-kata.

Senyuman mesra isteri menyambut kepulangan suami sudah cukup mengambarkan perasaan cinta dan sayang yang tidak berbelah bahagi. Jika dijadikan amalan harian, nescaya cinta akan subur seperti tanaman yang disiram baja secara berterusan mengikut aturan.

Kucupan suami pada dahi isteri yang mengiringinya ke pintu sebelum si suami melangkah keluar ke tempat kerja sudah memadai untuk mencerminkan rasa hormat dan cinta yang bersemi dihati. Dan rasa hormat dan cinta itu akan subur sekiranya dibajai selalu.

Ini bukti bahawa cinta itu terlalu seni. Tidak ada perlakuan dan kata-kata yang tepat untuk mengungkapkan seluruh perasaan cinta seseorang terhadap orang yang dicintainya. Lain orang. lain cara ungkapan dan luahan rasa cintanya.

Walaupun ungkapan " Aku mencintaimu" ( I LOVE YOU ) selalu diungkapkan oleh pasangan kekasih atau suami isteri di layar perak, namun dalam realiti kehidupan, pelabagai bentuk sikap dan ungkapan lain digunakan untuk membawa maksud yang sama. Perhatikan ungkapan-ungkapan ini sekadar contoh:- " Cantik Ana tengok abang pakai baju ni" " Abang memang minat laksa, tapi kalau Mah yang masak, lagilah abang berselera makan" " Nah, abang bawa buah tangan ni untuk Ton dan anak-anak" " Hati-hati memandu ya, bang...." Demikian antara ungkapan-ungkapan indirect yang mencerminkan rasa kasih dan sayang antara suami isteri.

Namun begitu, jika mengungkapkan rasa cinta secara langsung dan terus terang sudah menjadi budaya atau kemestian bagi sesuatu bangsa, maka tidak salah ungkapan " Aku mencintaimu:" menjadi basahan bibir suami isteri.

Dari mata turun ke hati. Ini merupakan ungkapan yang mengambarkan peranan mata untuk jalinan cinta. Justeru, jangan harapkan cinta akan subur jika pasangan suami isteri selalu mengelak untuk bertentang mata bila berbicara.

Antara bukti cinta ialah adanya ingatan pada orang yang dicinta. Dan tanda seseorang itu ingat akan sesuatu atau seseorang lain ialah dia selalu menyebut-nyebutnya.

Rasulullah s.a.w mengungkapkan kata-kata berikut kepada Sayidatina Aisyah r.ha untuk mengambarkan ingtaan dan perasaan sayangnya kepada isteri baginda Sayidatina Khadijah r.ha yang telah wafat.: " Khadijah mencintaiku disaat aku sengsara. Khadijah beriman kepadaku pada waktu orang lain tidak percaya dan menganggapku gila. Khadijah memberikan banyak sekali pengorbanan untukku ketika orang lain memusuhiku. Patutkah aku melupakan perempuan seagung itu walaupun misalnya dia bukan isteriku? Dan dia adalah isteriku dan ibu kepada anak-anakku.

Dalam meluah dan mempamerkan rasa cinta, batas yang diperaturkan oleh Islam ialah perlunya ada rasa malu. Adanya rasa malu merupakan cermin iman di hati. Perasaan malu menghalang luahan cinta di luar batasan.

Disebabkan hilang atau kurang rasa malu, pasangan-pasangan di barat mempamerkan rasa cinta dengan perlakuan yang tidak bermoral. Perasaan malu juga menjadi benteng untuk imbangan diri tatkala mengalami gelodak cinta yang tidak kesampaian. Seorang gadis yang menyimpan rasa cinta pada seorang teruna tidak akan bertindak di luar batasan jika ada perasaan malu di hati. Dia percaya, cinta seumpama itu hanya dapat disuburkan melalui ikatan perkahwinan. tetapi jika bukan jodohnya, dia rela menjadi scret admirer kepada si teruna dan rasa cinta itu satu waktu akan hilang dengan sendirinya bila Allah pertemukan jodohnya dengan teruna lain.

Dalam hubungan cinta antara ibubapa dan anak-anak, Rasulullah s.a.w bersabda bahawa ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak sia-sia. Ertinya, Allah Yang Maha Penyayang memakbulkan doa orang yang penyayang jika dia berdoa untuk orang disayanginya.

Ini merupakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita yang bergelar ibu. Sebab itu dikatakan bahawa doa ibu sangat makbul. Bahkan sumpah seranah seorang ibu dikira sebagai doa !.

Dengan kekuatan cinta, seorang wanita dapat membentuk dan mendidik anak-anaknya ke arah yang diredhai Allah. Sebaik-baik didikan ialah yang dimulakan dengan mengenalkan anak kepada Tuhan hingga si anak dapat belajar mencintaiNYA. Tetapi belaian, asuhan dan didikan seorangn ibu tidak mencukupi jika tidak disertakan dengan doa yang berterusan. Doa adalah tanda ingatan kita pada Pencipta. Dan doa juga merupakan bukti cinta hamba pada Tuhannya.

bilik versi bru..mantap!!tomey!! (1)

boring btol!!!bila kuliah nk mula nih??..aduhaii..asyik mkn tdo jer ni..jd pternak lemak la ak cuti2 gini gak..kali nih nk cite bab bilik kediamanku plop..ayuhh!!jom redah..

smlm penat kot..kemas bilik..bdk arab bilik ak dh kua..alhamdulillah..hahaha..jhat btol ak kn..ak xnk duk ngn die..xbest..skrang bilikku mnerima sorang adik baru..nida..ahahha..

nmpak gaya bilik ku akan dhuni oleh ak sendri..ye la..nama pom bilik ak dh..hihi..n 2 lg penghuni yg xasing lg di sakan 1 ini..kakbyti n adik bru yg masuk ke bilikku..nida..

kami sama kemas bilik..alih almari kesana kemari.angkat meja..alih katil.syok sgt mngemas smpai tgnku tkepit dibalik almari yg berat tuh..aduh!!!sakit bangat..tp xper,suasana bilik bru kn..huh!!.smpai penat..skang bilikku tomey..mantap..tp xsempat ag nk upload pic bilikku..nant la yer..klu bkesempatan ak uplod la yer..yg pastinyer ak gembira n cdap la skit mataku mmandg suasana bilik y bru nih..nmpak gaya semakin bsemngat la nk stdy kali nih..n xlupa jg semakin bsemngt u tdo!! tdo!!..huhuh

bab kata syukriah 'xde benda pom nk kabo'...juz nk cite pasal bilik bruku saje..uhukss

kembara dataran syam

Salam wt sahabat2 ku sekalian..pertama skali ak ingin pohon kmaafan andai kata ada yg singgah di “ketika sy tersenyum” ini tanpa santapan..sudah beberapa hari blog ini xter‘update’..maklumlah, skang ni tgh cuti sem kn..so kaki pom mulalah tergedik2 nk bjln n mngembara dataran syam ini..

Nk tau x kemna ak n kwn2 ku mngembara..byk sgt tempt yg mnarik kt Jordan ini ak lawati..selama 3 ari bturut2 ak mngembara..best sgt..penat sgt2..hihi..wlaupun penat tp ak bpuas hati kerna impianku untk mngembara di dataran syam ini tcapai jua..klu dulu ak hnya melihat tempat2 yg mnarik ini kt tv tp skrang ak sndri dpt menjejakkn 2 kakiku ke tempat itu..

1st destinasi yg ku lawati ialah Jabal al-Qal’ah.

Wt pengetahuan shabat2 semua, jabal al-qal’ah juga disebut Amman Citadel yg merupakan sebuah laman bersejarah nasional di tgh pusat Bandar Amman. Bukit ini bbentuk L n ia jg merupkan salah satu dr 7 bukit yg awalnya dibuat Amman..

Destinasi kedua pula ialah Ashabul Kahfi..

Lokasi Gua Ashabul Kahfi ini terletak kira2 7km dr pusat Bandar Amman, Jordan. Kisah 7 pemuda ini bermula apabila mereka bhadapan dgn raja yg zalim n mngakui bhawa mereka hnya beriman kpd Allah yg mngusai langit n bumi. 7 org pemuda tersebut melarikn dri drp raja yg zalim bsama seekor anjing mereka ke sebuah gua n bsembunyi dc2 lalu mreka ditidurkan Allah selama 309 thn qamariah..untuk mngetahui kisah ini dgn lbh lanjut sila rujuk Surah Al-Kahfi.

Selepas menjelajah 2 destinsi itu, ak n kwn2 mnuju ke mu’tah..kami akn bmlm dc2 sebelum berangkat ke destinasi seterusnya u keesokkn arinyer..pjlnan dr Ashabul Kahfi ke Mu’tah mengambil selama 3 jam lbh..kami semua dgn lenanya tdo diatas bas coz penat sgt2..sampai saje di Mu’tah kami ke Ma’rakah Mu’tah…tempat ini merupakan tmpat blakunnya pertempuran Mu’tah yg merupakan ptempuran yg dperjuangkn oleh umat islam dlm kehidupan Nabi SAW..

Sejurus kemudian kami melawat Makam Para Sahabat..ak bangga sgt2 coz ak dapat melihat ngn lebih dekat makam para sahabat itu..terharu sgt2 melihat makam para sahabat yg sanggup bsusah payah berjuang u mnegakkan Islam..

Setelah penat kaki kesana kemari mjelajah dataran syam, kami semua mnuju ke tempat penginapan di Mu’tah…setibanya di Mu’tah, ak tkejut sgt2..perasaan takut pom ada time 2..ye la, mane xtakutnyer..puak2 arab tgh wt rusuhan..siap ngn senjata ag..2 la 1st time ak tgk puak2 arab wt rusuhan..takut kot!!!nasib baiklah kami semua selamat gak sampai ke tempat penginapn..wt kali ke2 kami semua tpaksa bhdpan ngn cjuk yg teramat sgt..cjuk!!cjuk!!..aduhai..nk tdo pom xleh..

Keesokn arinya,kami semua bgn awal pg ag..nk ber‘derak’ punyer pasal sangup bgn awal pg..ahakssss….berebut2 kitorang nk naik bas..mcm bdk tadika plop rasenyer…huhuh..awl pg itu kami semua mnuju ke Petra.

Sedikit information tentng Petra..Petra merupkan harta dunia kuno, tersembunyi di balik sebuah phalang yg hampir xtertembus pergunungan kasar, mbual adegan xde bndingnya yg mbuatnya plg megah n mngesankn laman kuno yg masih bdri disaat ini..Petra skrang mjd halaman warisan dunia n merupakan slh satu dr 7 keajaiban baru dunia yg mpesona pngunjung dr seluruh pelusuk dunia..

Antara byk2 tempat yg dilawati,bgku Petralah tempat yg plg best..yg plg penat kakiku bjln..tp kn seronok sgt2..ke2 mataku disajikan ngn pmndngn yg sgt indah..disini jg ak n kwn2 naik kuda,unta n keldai..huhu..seronok btol..

Setelah penat di Petra, kami knuju ke Aqobah n bmlm dc2..keesokn arinya kami memulakan aktvt kami..nk tau ape die???huhuhu…naik bot kaca..best sgt..blayar dilautan sambil melihat pmndngn yg mnarik..laut itu merupakan laut merah n terletak kt sempdan Palestin..ms kmi naik bot kaca tuh,kami dpt tgk Negara Palestin ngn lbh dekat..tp gak xleh la pergi kec2 plk…huhuh..Kt Aqobah ni byk cabarn skit..maklumlah!!!nk dekat sempadan kn..kt c2 bas kami ditahan..aduhaiii..lama btol kena than kt c2..nk cek ‘iqomah’ (visa) punyer pasal…bdebar gak time tuh..ye la,iqomah ak xsiap ag..nasib baikla ada ‘hawiah’ (matrik kad)..kalu x?????xtau la ape jd…hihihi

Dr Aqobah kami merantau ke Wadi Rom..dikatakn bhwa Wadi Rom ini mrupakan pdg pasir yg tluas n jg pasirnya merupkn pasir yg terhalus..kt cni jg kami dpt melihat mathari terbenam secra real (sunset)....

Skrang dh abis cite bab menjelajah datarn syam..so..cmner sahabat2ku sume..nant klu bpeluang dtglah ksini..blhlah ber ‘jaulah’ bsama hasma n the geng..hihih

Sedikit pesanan…klu ada information yg dberi tuh xsahih @ salah, tlglah pbetulkn yer!!!... bubyee…