Sunday, May 22, 2011

..resepi kejayaan..

Bahan- bahannya :

  1. 250 gm Daya usaha·
  2. 100 gm Kesabaran· 100 gm Keimanan·
  3. 190 gm Keinsafan·
  4. 150 gm Pengorbanan·
  5. 150 gm Campuran akhlak mulia ·
  6. 8 sudu rasa tanggungjawab·
  7. 200 gm senyum secukup rasa
Cara-cara membuatnya:

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.


p/s : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar untuk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

..resuk dah keluar..

Hari ni hari ahad.semua orang sedia maklum kan!bangun jer tidow pagi ni semua orang duk kalut bab rezuk.rezuk dah kua!! rezuk dah kua!! ish.. bising tol. aku yang tengah syok duk dalam hiram (selimut) tak jadi nak teruskan lenaku..bingkas aku bangun dari tidow..yang tak menahannya terus on lap.dengan serabainya.hahaha..lawak btol kan.


Dengan perasaan gelabah dan kalutnye aku terus menggerakkan mouse ke arah student portal. huh!! punye la kalut.macam orang tak terurus..takut betol.alhamdulillah!!..boleh tahan la ngan usaha yang tak seberapa. tapi ada dua paper ag yang masih ditunggu2. kita tunggu dan lihat nanti yer.

Rasenye cukup setakat ni dulu ye cite bab rezuk yang tak seberapa ni. owner blog pun banyak keja ag nak kena wat. nak masak.. jom!!!