Thursday, March 24, 2011

Selagi Mata Belum Pejam, Peperiksaan Tidak Berakhir

Walaupun peperiksaan kuliah tamat, peperiksaan seharian kita tak pernah tamat sehinggalah pada hari penentuan samada kita jadi ahli neraka ataupun syurga..Hari pendaftaran dan orentasi umpama hari kelahiran baru mengenal suasana sekeliling..Pembelajaran dalam kelas umpama bekalan pengetahuan untuk menghadapi hari yang mendatang..

Kuiz dan latihan setiap minggu umpama cabaran dan dugaan harian..Kenangan manis umpama penawar andai cedera di tengah perjalanan..Kenangan pahit umpama peringatan tika alpa dalam kehidupan..Kelas-kelas tambahan umpama amalan-amalan sunat yang memperbaiki yang fardhu...

Slip peperiksaan umpama kematian yang perlu dirasai oleh semua Bani Adam..Peperiksaan umpama hari perhitungan..Kita menjawabnya secara berseorangan tanpa bantuan..Kita ditanya habis-habisan tiada satupun yang tertinggal..Yang tidak dapat sembunyi dari pengetahuan manusia..Pada waktu itu juga semua jawapan kita disemak.Menunggu keputusan peperiksaan yang mendebarkan..Ketenangan bagi golongan kanan..Keperitan bagi golongan kiri..Keputusannya hanya dua lulus atau gagal..SYURGA atau NERAKA keputusan kita?...


19 Rahsia Wanita/Perempuan

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


Saturday, March 5, 2011

10 petanda dia adalah jodoh kita

Ketika sedang 'chat' dengan seorang hamba Allah 2..tak perlulah aku memperkenalkan namanya..dia ada bagi satu 'link' kat aku..suruh aku baca. so, rajinlah aku nak membacanya..mana tak rajinnya tajuk pun dh best tuh..uhukss..kira blog aku kali ni bukan hasil nukilan aku sendiri..tapi hasil 'ciplak' kat internet..marilah kita sama2 tenung bait2 huruf yang sudah menjadi satu karya di bawah ini..selamat bersantap di 'ketika saya tersenyum'..

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Friday, March 4, 2011

kerinduan menyerang kembali

Luahan dari jauh...

saat kamu disisi..aku tersenyum ,malah tiada senyuman semanis ini dpt aku ukirkan selain berada disisimu,walau ia bukanlah terukir dibibir ini ,namun ku merasai kemanisannya... sungguh dasyat rindu ini!.. di dasar hati yg xpernah diketahui oleh sesiapa melainkan aku dan Dia. tika itu kamu membelai-belai jiwa ini..bahkan kau genggam hati ini agar ia xberbolak balik lagi. Aku merasai kenikmatanya. dunia ini tiada apa bagiku bila kau disisi. Hari2ku penuh dengan kebahagian walaupun tika itu aku ditekan ,aku dicerca dan aku dihina spya menjadi seorang yg bguna suatu masa nanti..

ingatkah kau di malam itu? hari terakhir kt bersama..aku mngemas beg dlm keadaan terpaksa..aku akan pergi meninggalkan kamu semua..Aku termenung,lembaran langsir ku buka n ku tatapi wajah bulan. Ku tatapi wajah bintang.

‘hei bulan..tidakkah kau pernah menangis? tidakkah kau pernah bersedih? tidakkah pernah berasa sengsara menanggung derita?

‘hei bintang..kan best kalau aku jadi kau. tiada duka,tiada sengsara ..pasti hidup kau gembira kan?..’

namun bulan n bintang membisu..aku pun turut membisu n kau juga terus membisu waktu itu sambil memandangku penuh sayu..malangnya,kelibat dirimu kabur dimataku detik itu..

hari terakhir kita bersama,saat itu akulah orang yang paling sedih. Entah bila kita akan bersua kembali. sambil menunggu saat untuk meninggalkan bumi Malaysia, kita semua bersuka ria.Ahhh!!suka sangat ke aku?Tidak..disebalik gelak tawaku tersimpan seribu kesedihan. namun aku pasrah..Aku terpaksa pergi meninggalkanmu demi sebuah kejayaan n harapan.

Untukmu...

tahukah engkau, aku merindukan sesuatu.Aku terasa kekosongan dalam diriku. setiap langkahku menuju ke kelas longlai, renungan ku kearah pensyarah semuanya pura-pura, sedangkan fikiranku entah melayang ke mana. aku memujuk jiwaku agar memberikan haknya kepada seluruh pancainderaku. namun ku tidak mampu. aku rindu..aku rindukan dirimu..rindukan belaian mu..perasaan rindu sentiasa menghantui jiwaku..ya ALLAH kuatkanlah semangatku..buat yang terakhir,aku berjanji aku akan mngembirakan kamu semua. itu janjiku untukmu. aku akan pulang kepangkuanmu kembali dengan membawa sinar kehidupan. aku tidak akan hampakanmu. walaupun aku terpaksa berkorban siang n malam. Menahan mata..menadah telinga demi sebuah kejayaan untukmu. aku sanggup asalkan kamu bahagia..walaupun jarak memisahkan kita semua tetapi kau tetap dihatiku sampai bila-bila..Aku yang kerinduan..

Kau yang ku rindu...


kerana rindu yang membara

sudah sekian lama blog ini tidak terupdate..akhirnya hari ini sempat juga aku curi2 waktu untuk mngait benang2 supaya menjadi satu tenunan..tenunan itu aku coretkan di teratak aku ini..bukan ku ketandusan idea tetapi masa tidak mngizinkn..banyak benda perlu dibuat..sampai nak jenguk teratak hijau pun tak bersempatan..

ketika ku tersenyum..mulalah rajin jari jemariku menekan keyboard laptop..ingin meluah segala yang terpendam dan yang sekian lama terbuku dihati ini..minggu ni ramai orang tegur aku..diorang cakap aku banyak berubah..tak cam dulu..aku pun xtau apa yangg berubah 2..pahtu ramai juga orang cakap aku ni makin kurus..entah betol..entah tidak?..

yang pastinya aku ni merindui orang kat rumah..rindu gelak tawa diorang..rindu saat makan sama2..petang2 kitorang selalu duk sama2..cite benda 2..cite benda ni..terasa rindu yg teramat sgt..aduhai..ape la aku ni..cubalah tahan skit rindu 2 kn..aku xpenah lg berpisah ngn family lama2 gini..ni dah sampai setengah tahun tak tgk batang hidung diorang..mane xrindunyer..

aku dh cuba xnk ikutkan sangat perasaan aku tuh..tp aku xmampu lg buat masa sekarang ni..kadang2 aku slalu sibukkn diri aku dengan mcm2 benda..tp aku tetap ingat diorang..kadang2 rasa stress sgt..nk blajar lg..merindui kampung halaman lagi..kesian btol kt aku kan!!..

rasenya xleh nak mngarang panjang2 ni..sedih la pulak..baru je pas kol orang kt rumah..bila dengar suara mereka semua aku makin la sedih..kalau xnk kol..diorang yg kol aku..tp diorang mesti xtau kan aku teramat sgt sgt sgt sgt rindu kt diorang..cukuplah sekadar luahan hati seorang insan yang jauh diperantauan..