Wednesday, September 14, 2011

..menyintai tak semestinya memiliki..

Percintaan sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan. Ada yg mengatakan percintaan itu sesuatu yang indah tapi hakikatnya dalam percintaan itu ada kesedihan dan ada kegembiraan..

Bagaimana pula dengan maksud menyintai bukan bermakna memiliki? Bukan semua perkara yg kita inginkan dapat kita kecapi dan begitu juga dengan percintaan. Pasangan yang bercinta bukan semuanya akan berakhir ke jinjang pelamin. Inilah hakikat yang kita perlu hadapi.

Ada satu cerita,
Seorang murid bertanya kpd gurunya

" Cikgu, bagaimana kita nak tahu pasangan yg kita pilih itu adalah yang terbaik? "
" Sekarang kamu pergi cari rumput yg paling sempurna tapi kamu tidak boleh berundur ke belakang "

Selepas itu murid terbabit berjumpa dengan guru tanpa membawa sebarang rumput.

" Saya tidak jumpa rumput yg terbaik, apabila sy pilih nampak satu rumput di hadapan, saya rasa dihadapan sana ada lebih banyak yang terbaik tetapi bila saya ke depan saya rasa yg sebelumnya lebih baik tetapi saya tidak boleh berpatah balik ke belakang ".

Terimalah seadanya pasangan anda jika dia benar2 menyintai dirimu. Jangan kita mengharapkan yang lebih baik tetapi akhirnya kita kecewa dan menyesal dengan tindakan kita.


Saturday, September 3, 2011

..kelebihan puasa 6 Syawal..

Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)

Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.

Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.

Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.

Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.

Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.

Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya. Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.

p/s : jom kita puasa ramai2 untuk merebut ganjaran yg dijanjikan Allah SWT..ikhlaskn niat dalam beribadah kepadaNya..


..damascus-syria 2011..

Ini adalah episod makan angin dan jalan2 cari letih..Akhirnya dapat juga aku dan kawan2 menjejakkan kaki ke bumi Syam ..5 hari ramadhan kareem di Damascus-Syria bersama 4 lagi kawan2ku..penat tak terkata.maklumlah..berjalan time puasa. nak makan minum pun tak boleh.da la banyak dugaan sebelum sampai tuh..tersekat kt border lama gak..macam2 dugaan..tak sempat nak hurai panjang2..tengok gambar je la yee..gambar pun sempat upload skit jer..

ni lah 4 sekawan yg kuat bjln..sampai ke Syria pun kami redah..


sekitar Syuk Halawiat..berdekatan ngn tempat penginapan kami..

jami' Abu Nour

mnunggu bas..jalan2 cari letih..

pmandangan Kota Damascus dari puncak Makam Arbaein..

penat lelah aku berjalan untuk mnaiki puncak Makam Arbaein..penat tol..tinggi sgt..da la puasa..

Syuk Hamidiyah..ramai betol orang..entah kua dari maner..Syuk ini merupakan antara Bazar jualan yg tbesar di Syria.

makam Salahudin Al- Ayoubi..

Ni je la gambar2 yang sempat di upload..nanti ada masa upload ag ek..bubyee sume..selamat hari rayer..