Thursday, November 10, 2011

..mengapa SOLAT?..

Kerana solat itu penghubung antara hamba dan Tuannya.

Di dalam solat itulah terdapat saat Allah paling dekat dengan hambaNYA, itulah sujud.

Dengan solat, seseorang boleh mengadu kepada Tuhannya seperti seorang anak mengadu kepada ibunya.Kasih sayang Tuhan, melebihi kasih sayang seorang ibu.

Dengan solat juga, ianya peluang dan saat mengingati Tuhan paling maksimum.Setiap tindakan , ruku’ , i’tidal, sujud , berdiri , tahiyyat, semuanya memuji-muji Allah, penguasa sekelian Alam.

Maka benarlah, solat itu pengubat hati yang bergelora, hati yang gersang dengan kasih sayang, hati yang memerlukan bimbingan, maka solatlah, ianya punca kedamaian dan ketenangan.

1 comment:

  1. alhamdulillah...akhirnya awk update blog hijau ni..sy ingt dh x nk update lg..tiap2 hari sy buka untk tgk post terbaru..

    ReplyDelete